Tuesday 29 March 2016

Teknik Pulihkan Dara Kini Makin Popular..!!



Kuala Lumpur: Teknik pembedahan secara kosmetik untuk pulihkan selaput dara menerusi kaedah menampal atau istilah perubatannya ‘hymenoplasti’ makin popu­lar di ibu kota, terutama dalam kalangan gadis yang pernah terlanjur, wanita berduit dan golongan kenamaan.

Golongan tersebut berbuat demikian dengan memberikan alasan dengan tersendiri. Bagi gadis yang pernah terlanjur lazim­nya untuk mengaburi bakal suami menjelang malam pertama perkahwinan, manakala wanita yang lama berkahwin pula bagi memuaskan hati suami.

Dari segi perubatan ia bukanlah kesalahan tetapi bagi wanita yang Islam, kaedah itu adalah haram kerana menipu si bakal suami selain melakukan pembaziran bagi mana yang sudah berkahwin pula.

Hymenoplasti ialah pembedahan kosmetik bagi membina semula struktur selaput dara selepas yang lama terkoyak atau pecah akibat hubungan seks kali pertama, kecederaan ketika sedang melakukan aktiviti sukan, terjatuh, senaman yang ekstrem atau onani dengan memasukkan objek keras di dalam faraj.

Pembedahan itu memlibatkan penampalan membran yang baru pada bahagian luar alat kelamin  atau faraj wanita dan ianya mampu berfungsi seperti seakan selaput dara yang asli

No comments:

Post a Comment